Home Forum Geng Jurnal
          
          
          

Friday, August 29, 2008

Laporan Ringkas Makan Malam Jumaat

Malam tadi aku melantit dekat William dengan E1, ND dan Petz.

ND minum manggo gelas (balang) besar satu. ND makan Chicken Premium plus Lamb satu. Tergolek.

E1 makan Indo Mee Double Prawn sebagai appetizer. Lepas tu makan apa nama? Mee Sup Besar dengan manggo balang besar.

Aku datang paling awal dah habis milo ais segelas. Lepas tu apptetizer aku Indo Mee Double Prawn dengan fresh orange. Main course aku belasah Lamb Salsa Verde - kambing muda yang dipanggang dengan campuran herba lazat berhasiat superb gila nak mampus. Tekak rasa berminyak terus aku pesan Manggo Blended plus Laici balang besar. Tergolek keriangan.

"Tak sangka kau ni badan kecik tapi makan bukan main banyak," Komen Petz kepada aku.

Aku jawab, "Aaa... biasa aaa.. aku *toooot* pun kuat tau".

Ha ha ha ha... bodoh!

Petz yang paling besar diantara kami. Dia makan appetizer sahaja. Badan je besar makan sikit. Dia cakap bini dia ajak makan kat rumah. Ceh takut bini... hark petuih!

Lepas makan ND nak balik awal katanya. Sorang lagi takut bini, hark petuih!

E1 pulak mintak diri kata ada meeting kat Cyberjaya, seorang lagi takut bini, hark petuih!

Aku terasa nak muntah dah... tapi aku telan balik, sayang ooo makan mahal-mahal sampai lima puluh sembilan ringgit nak muntah apa barang?!

Aku tengok skrin henpon aku jam sembilan tiga puluh tiga. Sempat lagi aku nak sampai rumah sebelum pukul sepuluh malam. Aku kena sampai rumah sebelum pukul sepuluh sebab tadi petang bini aku pesan jangan balik lewat-lewat sangat.

 


Posted at 03:05 am by Tukang Buat
Make a comment  

Tuesday, October 11, 2005

PENGUMUMAN ; (terutama untuk para pembaca di luar negara)

Buku Jiwa Kacau kini boleh juga dibeli melalui Silverfish Books Sdn Bhd
Sila email mereka di info@silverfishbooks.com

ini alamat kedai mereka ;

Silverfish Books Sdn Bhd (483433-k),
67-1 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
tel: +603-228 448 37
fax: +603-228 448 39
(Open from 10.00am - 8.00pm Mon - Sat)

Website : http://www.silverfishbooks.com/

TERIMA KASIH

P/s : Dulu saya membeli naskah Wilayah Kutu di kedai inilah.

Posted at 04:38 pm by Tukang Buat
Make a comment  

Tuesday, August 23, 2005

JIWA KACAU - Buku Terhangat sekarang !!!


http://tinypic.com/axfxox.jpg

J I W A K A C A U
Buku Antologi Entri Weblog Gengjurnal
ISBN 983-42734-0-1

Beng! Beng! Beng! Ngetop di pasaran! Edisi Limitasi!! Lekas!!!!

‘Kawan-kawan yang kita suka’ menulis di dalam JIWA KACAU terbitan MAK ITAM NETWORK ENTERPRISE.

HARGA PROMOSI RM19 senaskah + HARGA pos express adalah RM3 senaskah. Jadinya RM22 termasuk pos. Buku ini edisi limitasi, siapa cepat dia dapat.

PROMOSI BERAKHIR PADA 19 SEPTEMBER 2005.
Sekarang buku ini dalam proses penyuntingan akhir dan percetakan. Penghantaran pula akan dibuat dalam bulan Oktober.

TEMPAH SEKARANG JUGA
Jadilah antara orang yang pertama menggenggam-genggam buku bertuah ini. Kalau lambat alamat gigit jarilah korang.

CARA MEMBELI
Sila hubungi salah seorang daripada 23 orang penulis seperti di bawah. Mereka mendapat hak ekslusif menjadi pengedar untuk edisi promosi ini.

SENARAI PENULIS DAN PRABACA

1. "Kalau suka buat dosa, lebih baik buat dosa."
TOK RIMAU - http://www.danchan.com/weblog/harimauj/

2. Kalau nak hidup SENANG, kita kena ada DUIT.
MAT JAN - http://jj.kroni.biz

3. "Patutlah mahal, kita bayar untuk projektor dan skrin sekali!" kataku kepada penukang gambar sambil menikmati nasi goreng kampung yang terlebih lada sulahnya.
BUKUNOTA - http://bukunota.blogspot.com

4. Aku dah lama tak melukis sebenarnya.
SI NAGA ORIGAMI - http://sinaganaga.blogspot.com

5. "Dah niat orang yang sedekah tu takat pisang je, kau makan le pisang tu."
ELMAANIQ - http://delimasakti.blogspot.com

6. Bagi lelaki meraih cinta perempuan bagaikan meneka atau bertaruh syiling yang dilambung.
KELAMBU - http://kelambu.blogspot.com

7. Ibuku tersenyum riang, hampir-hampir menitiskan air mata.
SLUMBERMANN - http://www.eizil.com

8. Ada banyak cara bagaimana orang buang ibu bapa sendiri.
IZA - http://izalatif.blogspot.com

9. . Fikiran terganggu seperti orang gila yang tidak kenal diri sendiri.
BLUEHIKARI - http://www.bluehikari.com

10. Bayangkan kalau itik dan ayam yang hendak bermadu kasih.
AYOBKELUBI - http://ayobkelubi.tripod.com

11. Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini.
DUGONGSENYUM - http://dugongsenyum.blogdrive.com

12. Nak kata mereka buat tarian api, tak nampak pun sesiapa yang berjoget.
SAMURAI GHOST - http://ahsuez.blogdrive.com/

13. Biasanya orang yang buat bodoh ini adalah jenis yang membuat muka selamba.
AYARES151 - http://ayares151.blogspot.com/

14. Saya tak takut pada gemuk.
AMYZ - http://www.kroni.biz/amyz

15. Pandangan seorang manusia terbatas, manusia takder kuasa pembesaran, magnifying glass pun takder, lensa pun takder.
ZURIE - http://zurie.blogdrive.com/

16. Aku ingat kau akan mengurat pompuan itu semua, tapi rupanya kau sentiasa di sisi aku dan family.
ROSRAM - http://rosram.diaryland.com/

17. Aku tinggalkan bakul kain dan lari-lari anak ke rimbunan bunga pinang-pinang.
PUTERI ELAIRA ELIZA - http://elaira.fajaronline.com/

18. Kawan yang poyo.
ATOIBOLAN - http://atoibolan.blogdrive.com/

19. Aku mengambil keputusan drastik.Memberitahu hasrat hati kepada ibu.
NIXKGEEKIER - http://geekier.blogdrive.com/

20. Membaca kebangsatan bukanlah seperti mencari naskhah-naskhah atau jurnal yang tersimpan usang dan berdebu tersusun rapi di atas rak di khutubkhanah, yang tak pernah terusik untuk kesekian tahunnya.
ATTOKZ - http://attokz.cjb.net

21. Biarlah dia bawa coklat satu kontena untuk pujuk aku, aku tetap nak duduk di dapur.
JIGOMORRISON - http://tujuh86.blogspot.com

22. jeritnya didengar berjuta haiwan
ABDULLAH JONES - http://abdullahjones.blogspot.com/

23. Tok tak mintak harta kau. Tak mintak duit kau!
OP - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

BLOG RASMI
http://jiwakacau.blogdrive.com/

FORUM GENGJURNAL
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4021
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3879

KREDIT
E-1 - http://e-1.blogspot.com
Tajul
Saharil
Zhouls
Geng Mak Itam
Geng Lantit
Geng Klawar
semua Ahli Gengjurnal
dan kepada semua yang sudi menghargai

PENERBIT
Mak Itam Network Enterprise (Reg.No. SA0014734-W)
http://makitam2u.com/

Posted at 01:28 pm by Tukang Buat
Comment (1)  

Thursday, August 18, 2005

Mak Itam sudah berdaftar

Kini kita maju setapak ke hadapan dengan berdaftarnya Mak Itam Network Enterprise.

Sila layari http://makitam2u.com (masih dalam pembinaan).

Apa yang terhangat di pasaran?

Tunggu....


Posted at 09:41 am by Tukang Buat
Make a comment  

Wednesday, July 20, 2005

Lantit... jom para lantitor.. dan lantitee

Jemputan melantit bersama...

esok hari : Khamis kan
pada : 21 Julai 2005
masa: macam biasa.. (selepas Magrib.. waktu tempatan.. GMT:+8.00)
tempat : tak dipastikan...
perjumpaan: Hotel Pan Pacific dia punyer bahu jalan barangkali.. hehehehe

*/ segala kemungkinan.. akan diberitahu dalam entry ini dari semasa ke semasa...

sila lihat muka dibawah.. inilah dia.. hehehe.. GMI Ipoh punyer.. KAK NIS...


Posted at 03:25 pm by e1
Make a comment  

Next Page

   
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Blogdrive   


gengjurnal.net genglantit gmi Copyright © 2005 atoibolan Inc. Designed by atoibolan

Blogdrive